Mengikut Wilayah Diaspora_Tamil

Afrika

Tanah Besar Afrika

Afrika Selatan

Migrasi etnik Tamil ke Afrika Selatan bermula sejak 1860, pada wal sebagai buruh kerahan dan kini sebagai golongan professional. Kini terdapat lebih 250,00 etnik Tamil di Afrika Selatan dan tertumpu di bandar Durban dan Natal

Kepulauan Lautan Hindi

Mauritius

Mauritius mempunyai lebih kurang 115,000 etnik Tamil, yang kebanyakanya berasal dari Tamil nadu yang datang bekerja di ladang tebu sejak 1727. Budaya Tamil telah berkembang dengan pesat di Mauritius. Sejak 1727, masyarakat Tamil telah dibina hampir 125 Tamil kuil dan Murugan adalah dewa yang popular. Perayaan etni Tamil seperti Tahun Baru Tamil, Thaiponggal, dan Thaipusam dirayakan di peringkat kebangsaan.Deepavali, Thaipusam, Maha Shivaratri dan Pongal adalah cuti umum.

RĂ©union

Penempatan etnik Tamildi reunion(Jajahan Perancis) bermula sejak 1848 sebagai buruh kerahan, terutamanya dari Pondicherry dan Karaikal, wilayah Perancis di selatan India. Kini terdapat kira-kira 120,000 orang Tamil dan dikenali sebagai "Malabars".Terdapat banyak kuil Hindu yang dikendalikan oleh pertubuhan-pertubuhan sukarela yang mana pautan budaya Hindu dan Tamil dipelihara dengan baik.

Seychelles

Pedagang Tamil dari Pondicherry melawat Seychelles untuk tujuan perdagangan kayu.Sekarang ada kira-kira 4000 Tamil dalam perniagaan perdagangan serta pada profesion lain.

Benua Amerika

Amerika Utara

Kanada

Hampir 90% populasi etnik Tamil Kanada ialah Etnik Tamil Sri Langka. Bahasa Tamil diajar dari peringkat sekolah rendah ke peringkat pra-universiti dan 75% daripada mereka belajar bahasa dengan penuh minat. Keperluan budaya masyarakat dipenuhi oleh saluran radio dan televisyen serta oleh pelbagai penerbitan Tamil - sastera dan agama.Selain daripada Pertubuhan Tamil Sedunia, terdapat banyak badan sukarela yang bergiat aktif dalam usaha memulihara adat etnik Tamil

Amerika Syarikat

Central New Jersey mempunyai etnik Tamil yang tebanyak di Amerika Syarikat. Banyak pertubuhan Tamil terdapat di New Jersey seperti Pesatuan Tamil Sangam. Kebanyakan Etnik Tamil di Amerika Syarikat bekerja sebagai pekerja kolar putih dan Proesional.Kebanyakan mereka berasal dari India, Malaysia, Afrika Timur dan Tebing Barat.

Caribbean dan Amerika Latin

Guyana

Guyana mempunyai sejumlah besar Tamil di ladang-ladang mereka sejak 1838. Kebanyakan mereka datang dari Madras dan pada tahun 1860, kira-kira 2500 orang Tamil( dari Madras sahaja) menetap pada Guyana. Etnik Tamil telah tersebar ke kira-kira 60 bandar-bandar.

Trinidad and Tobago

Tamil telah menetap di Trinidad dan Tobago sejak 1840. Tamil mula tiba di Trinidad dan Tobago sebagai pekerja ladang yang telah dibawa oleh British untuk bekerja di sana. Terdapat sebuah kuil Shiva yang dipanggil "Madras Sivalayam" atau kuil jalan Canra.

Asia

Asia Tenggara

Myamar

Myamar mempunyai kira-kira 200,000 etnik Tamil sewaktu masa dahulu. Kemewahan masyarakat Tamil boleh dinilai oleh kewujudan kuil Dandayuthapani di 32 bandar, 50 sekolah rendah Tamil dan edaran dua akhbar berbahasa Tamil "Rasika Ranjani" dan "Thondan" ,dimana kedua-dua telah diharamkan pada tahun 1966.

Indonesia

Etnik Tamil telah dibawa ke Indonesia oleh Belanda pada tahun 1860-an untuk membuka ladang . Mereka digunakan sebagai buruh kasar. Kerana syarat-syarat yang tidak sesuai, ramai daripada mereka telah kembali ke India pada tahun 1940-an.Kira-kira 2,000 hingga 10,000 boleh didapati di Sumatra Utara.

Malaysia Dan Singapura

Malaysia mempunyai penduduk Tamil sebanyak 1,060,000[10].Pada mulanya, penghijrahan adalah untuk bekerja di ladang-ladang getah.Kemudiannya, berpaling kepada sektor perdagangan dan profesion lain.Kebanyakannya terlibat dalam sektor kerajaan.Sekolah Tamil yang pertama didirikan pada seawal 1876. Kini terdapat lebih 548 sekolah Tamil di Malaysia.Perayaan Thaipusam di Batu Caves merupakan salah satu perayaan yang terbesar di Malaysia.Singapura adalah rumah kepada kira-kira 200 000 orang Tamil. Bahasa Tamil adalah satu daripada empat bahasa rasmi di Singapura. Anggaran kira-kira 3.2 peratus% daripada jumlah penduduk di Singapura boleh bertutur bercakap Tamil[11].Tamil diajar sebagai bahasa kedua di semua sekolah kerajaan dari peringkat sekolah rendah kepada peringkat maktab rendah. Tamil adalah satu subjek peperiksaan pada semua peperiksaan utama di seluruh negara. Terdapat akhbar harian Tamil dicetak di Singapura, Tamil Murasu. Terdapat sebuah stesen radio sepenuh masa, oli 96,8, dan saluran TV , Vasantham.

Lain-lain negara

Vietnam mempunyai minoriti kecil kira-kira 3000 orang Tamil kebanyakannya di bandar Ho Chi Minh. Bandar ini juga menempatkan kuil Dandayuthapani. Thailand mempunyai kira-kira 10,000 orang Tamil. Manakala terdapat 1000 orang Tamil di Kemboja.

Asia Barat

Qatar

Qatar adalah rumah untuk kira-kira 4000 orang Tamil kebanyakannya dari Tamil Nadu. Pada Disember 2000, "Qatar Tamil Sangam" telah dirasmikan untuk menjalankan program-program kebudayaan Tamil,

Emiriah Arab Bersatu

Terdapat kira-kira 10,000 orang Tamil di Emiriah Arab Bersatu yang berasal dari Tamil Nadu dan Sri Lanka sebagai pekerja profesional. Pongal dan Tahun Baru Tamil dirayakan secara besar-besaran di Dubai dan di beberapa negeri lain. Baru-baru ini sebuah akhbar Tamil "Tamilan Kural" diterbitkan di Dubai.

Negara-negara lain

Bahrain adalah rumah bagi lebih daripada 7000 orang Tamil kebanyakannya bekerja sebagai golongan profesional.Arab Saudi dan Kuwait juga rumah untuk sebilangan besar kaum Tamil yang baru berhijrah.

Eropah

Eropah Utara

Scandinavia

Norway mempunyai kira-kira 13,000 orang Tamil yang kebanyakannya pelarian dari Sri Langka.Sweden mempunyai penduduk Tamil kira-kira 2000 orang.

United Kingdom

Anggaran komuniti mencadangkan bahawa 150,000 orang Tamil tinggal di United Kingdom (UK) pada 2008,dengan laporan 2006 Human Rights Watch meletakkan bilangan orang Tamil Sri Lanka di UK pada 110,000[12].Migrasi yang signifikan bilangan Tamil ke UK bermula dengan pendatang buruh dalam tahun 1940-an. Ini telah disertai oleh pelajar yang berpindah ke UK untuk pendidikan pada tahun 1970-an, dan oleh pelarian yang melarikan diri dari Perang Saudara Sri Lanka pada 1980-an dan 1990-an.Majoriti etnik Tamil tinggal di London utara[13].

Rujukan

WikiPedia: Diaspora_Tamil http://www12.statcan.ca/english/census06/data/topi... http://tamilnation.co/diaspora/indonesia.htm http://www.ethnologue.com/show_language.asp?code=t... http://timesofindia.indiatimes.com/nri/us-canada-n... http://tamilo.com/tamil-population-education-29.ht... http://www.censusindia.gov.in/Census_Data_2001/Cen... http://www.statistics.gov.lk/PopHouSat/PDF/p7%20po... http://web.archive.org/20111117100918/timesofindia... http://www.hrw.org/sites/default/files/reports/ltt... http://murugan.org/research/sivasupramaniam.htm